Share Post :
Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

PENGENALAN

Keduanya berkaitan dengan jaminan gadai janji

Jaminan Gadai Janji ni adalah sejenis insurans yang akan melindungi tunggakan pinjaman perumahan anda sekirannya anda tidak lagi boleh melakukannya, atas sebab kematian atau hilang upaya kekal.

Tanpa jaminan gadai janji, penyedia insurans (iaitu pemberi pinjaman) akan merampas hartanah milik anda dan membuat lelongan sekiranya pihak keluarga gagal membayar baki pinjaman.

Biarpun Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mewajibkan jaminan gadai janji, namun kebanyakan institusi kewangan (bank) enggan memberi pinjaman seandainya pembeli rumah tidak mengambil sebuah polisi.

Di Malaysia, terdapat dua jenis insurans yang ditawarkan untuk pinjaman perumahan – Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA). Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Ia dijelaskan seperti berikut:

MRTA – Pelan insurans hayat yang nilai perlindungannya akan berkurangan dari semasa ke semasa. Digunakan untuk membayar tunggakan pinjaman perumahan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

MLTA – Mirip dengan MRTA, kecuali nilai perlindungannya dijamin tetap, dari semasa ke semasa. Pembayarannya adalah untuk pinjaman rumah yang masih belum selesai, dan juga untuk benefisiari yang anda pilih

*MLTA menawarkan perlindungan yang lebih baik, kerana jumlah yang diinsuranskan tetap sama sepanjang tempoh pinjaman, biarpun jumlah pinjaman anda akan berkurangan dari tahun ke tahun.

MLTA juga merupakan salah satu bentuk simpanan yang mempunyai jaminan nilai tunai sepanjang tempoh pinjaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *