Dalam sebarang industri atau perniagaan,
persaingan memang tidak dinafikan tidak dapat dielakkan,
Namun yang berjaya dan bertahan, adalah mereka yang amanah, jujur, dipercayai dan bekerjasama bersama akan membuatkan satu satu industri perniagaan itu harmoni.
Tidak dinafikan kejayaan dan rezeki adalah kurniaan tuhan
seandainya tertulis itu adalah rezeki anda walau bagamana
diganggu atau di sailang
Tuhan tetap adil kepada mereka yang mengikut tatacara yang betul dan beretika.
Kebelakangan ini ataupun dah berzaman berlaku, yang agen sailang agen
baik berlaku dalam agensi yang sama atau agensi berlainan.
Yang broker dah tentu takde lesen boleh cabut lari,
trend baru dah daftar agen ke agensi berdaftar, pendaftaran tahunan tak renew pakai kad lama scam pelanggan dan agen baru.
Ada pulak yang paling teruk menipu dengan menyamar jadi bakal penyewa atau pembeli untuk scam agent lain untuk dapatkan listing.
Yang maksima teruk hantar coA letter nak ambil gambar listing dari agen lain dan scam susah payah usaha agen Listing berkenaan.
Rezeki akan berkat dan bertambah kalau kita buat jalan betul
kalau kebetulan anda menipu dan berjaya close deal
itu hanya sementara dan natijahnya lebih teruk di masa depan.
Anda akan berdepan
1. Tindakan undang – undang
2. when its come to money, anda nak scam orang, orang susah payah cari duit ? perah tenaga, lebih bahaya mangsa tersebut sampai sanggup membunuh.
3. Anda akan di blacklist oleh rakan agen lain dan nama anda tidak akan dipercayai, anda tidak akan bertahan lama dalam industri hartanah
4. Hidup anda akan lintang pukang bukan sahaja anda malahan keluarga anda akan turut menerima impak bala dari anda
Oleh itu rakan agen baru dan lama sekelian,
marilah kita berkongsi secara harmoni , telus dan jujur,
telefon agen listing beritahu direct
“Saya juga agen, boleh coA”
kemudian hantar surat coA
sama – sama uruskan pelanggan masing- masing sampai dapat yuran anda.
Pelanggan akan berpuas hati
menghargai anda
dan akan recommend anda pada pelanggan lain,
Ha kan best tu
Hidup aman dan harmoni dalam industri hartanah
Salam
sayang
Team my property buddy
Disclaimer : Artikel ini sebagai panduan umum kepada masyarakat awam, bukan niat untuk memfitnah atau eksploitasi